PMX, delegasi Solat Jumaat di Masjid Houghton, Johannesburg

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
21 NOV. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpeluang menunaikan Solat Jumaat bersama delegasi Malaysia di Masjid Houghton, Johannesburg.

Beliau juga sempat beramah mesra dengan pihak jawatankuasa masjid serta para jemaah yang menyambut kami dengan penuh adab, hormat dan ukhuwah.

Jelas Anwar keakraban sebegini mengingatkan bahawa Islam sentiasa menyeru kepada kebaikan, kasih sayang dan persaudaraan merentasi sempadan bangsa dan negara.

“Sebagai tanda penghargaan, saya menyerahkan senaskhah al-Quran cetakan khas serta 24 lagi naskhah al-Quran terjemahan bahasa Inggeris untuk kegunaan dan rujukan komuniti Islam di sini,” kata beliau dalam hantaran di FB.

“Setinggi-tinggi penghargaan buat saudara-saudara kita atas layanan yang begitu baik kepada saya dan delegasi Malaysia,” tambah beliau.

Anwar berharap semoga hubungan ini terus diperkukuh atas dasar kebaikan, ihsan dan keindahan ajaran Islam yang dijunjung bersama. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *