YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR SUMBANG PERALATAN SEKOLAH KEPADA MURID SEKOLAH KOMUNITI PASIR GUDANG

18 November 2025

Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) yang sentiasa cakna mengenai keperluan bantuan pendidikan menyumbangan 500 unit peralatan sekolah kepada murid-murid di komuniti Pasir Gudang.

Sumbangan itu melibatkan murid-murid yang daripada sembilan sekolah kebangsaan termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Sumbangan diserahkan oleh Dato’ Avinderjit Singh, Pemegang Amanah Urusan YSIJ
kepada Encik Baharudin Ishak, Timbalan PPD Pasir Gudang (Sektor Pembangunan Murid) sebelum diserahkan kepada murid-murid yang layak.

Hadir sama, Mohd Anizam Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ dan En Ridzwan Othman,Ketua Pegawai Jenama (QSR Brands).

Sementara itu, Baharudin dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YSIJ atas komitmen berterusan dalam membantu murid-murid dan keluarga mereka.

β€œSumbangan ini bukan sahaja meringankan beban, bahkan memberikan semangat baharu kepada anak-anak kita untuk terus belajar dengan lebih yakin dan selesa,” katanya.

Turut disumbangkan 400 pek makanan oleh QSR Brands (M) Holdings Bhd kepada murid yang hadir di majlis berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Permas Jaya 1, Johor Bahru pada Selasa (18 November).

YDPAgong

AllahPeliharakanSultan

IstanaNegara

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *