Raja, Raja Perempuan Perlis terima sembah mengadap Peguam Negara, isteri

Oleh: Sholina Osman
18 NOV. 2025

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, berkenan berangkat menerima sembah mengadap hormat oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan isteri, dalam satu majlis yang berlangsung di Kangar.

Keberangkatan Baginda berdua diiringi sama oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, serta Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Mohd Dusuki telah dilantik sebagai Peguam Negara pada 12 November 2024, berpengalaman luas selama lebih 31 tahun dalam perkhidmatan undang-undang di Jabatan Peguam Negara (AGC).

ISU-ISU SEMASA

Majlis ini turut menjadi platform bagi bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa berkaitan pentadbiran undang-undang dan kehakiman di negara ini, sekali gus memperkukuh hubungan erat antara Negeri Perlis dan AGC.

Untuk rekod, sebelum menggantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh sebagai Peguam Negara, beliau yang dilahirkan di Machang, Kelantan, kini berusia 58 tahun dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang- Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta Ijazah Sarjana Undang-Undang dari University of Wollongong, Australia menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di AGC. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *