PMX terima kunjungan hormat tujuh Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia

Wartawan JM
Foto FB Pejabat Perdana Menteri (PMO)
10 SEPT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada tujuh Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang baharu selepas penerimaan watikah pelantikan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 4 September 2025 lalu.

Mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan Datuk Yubazlan Yusof, Duta Besar Malaysia ke Brazil Datuk Mohammad Ali Selamat, Duta Besar Malaysia ke Jerman Mohamad Razdan Jamil, Duta Besar Malaysia ke Sepanyol Haznah Md. Hashim, dan Duta Besar Malaysia ke Poland Datuk
Azri Mat Yacob.

MENITIPKAN AMANAT PENTING

“Dalam pertemuan ini, saya menitipkan amanat penting agar mereka terus memperkukuh hubungan strategik dengan negara-negara tuan rumah,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar berkata tumpuan utama harus diberikan kepada usaha memacu aktiviti perdagangan dua hala dan menarik pelaburan asing berkualiti tinggi, demi menjamin kemakmuran ekonomi negara kita.

“Moga mereka menggalas tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan cemerlang,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *