









βBALING, 6 September 2025 – Program MADANI Rakyat (PMR) Peringkat Negeri Kedah hari ini melabuhkan tirainya dengan Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh YAB Datoβ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, di Kompleks Majlis Sukan Daerah Baling. Turut hadir, YAB Datoβ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah dan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Lebih 100 aktiviti dan perkhidmatan telah disediakan untuk rakyat merangkumi reruai perkhidmatan kerajaan persekutuan dan negeri seperti inisiatif kesejahteraan komuniti, Jualan RAHMAH MADANI, Jualan Agro MADANI, diskaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di samping kaunter permohonan Pas Sempadan MalaysiaβThailand bagi warganegara Malaysia dari Perlis, Kedah, Kelantan serta daerah tertentu di Perak yang boleh dipohon terus di lokasi program tanpa perlu ke pejabat imigresen.
βSebagai kementerian penganjur bersama, KDN amat berbangga dengan sambutan luar biasa daripada pengunjung sepanjang tiga hari program ini berlangsung. Pelbagai perkhidmatan dan aktiviti disediakan, termasuk diskaun saman PDRM dan kaunter permohonan Pas Sempadan Malaysia-Thailand, mencerminkan komitmen KDN dan kerajaan untuk membawa perkhidmatan terus kepada rakyat.
βBertemakan βRakyat Prihatin, Negara Aman, Masa Depan Terjaminβ, PMR 2025 Kedah menzahirkan aspirasi kerajaan bagi membina masyarakat yang saling peduli, bersatu dan berdaya tahan seterusnya menjadi bukti nyata aspirasi Malaysia MADANIβRakyat Prihatin, Negara Aman, Masa Depan Terjaminβyang bukan sekadar retorik, tetapi agenda yang benar-benar dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat. Terima kasih atas sokongan padu rakyat Kedah!
β#PMRKedah
