






27 Ogos 2025
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muβizzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar βAli Saifuddien Saβadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selamat berangkat pulang selepas menamatkan Lawatan Negara ke Malaysia, hari ini (27 Ogos).
Pesawat khas Paduka Seri Baginda dengan diiringi DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Ibni Sultan Hassanal Bolkiah selamat berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada jam 3 petang.
YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor turut berkenan berangkat mengiringi keberangkatan pulang Sultan Brunei.
Hadir sama, YAB Datoβ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan YB Datuk Ahmad Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Menteri Pengiring lawatan negara Sultan Brunei.
Paduka Seri Baginda berangkat tiba di Malaysia pada 25 Ogos lalu bagi lawatan negara selama tiga hari.
