

Oleh: Sholina Osman
24 OGOS 2025
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengesahkan gempa bumi lemah berlaku buat kali kedua iaitu di Kluang, Johor pada pukul 9:00 pagi, 24 Ogos 2025.
Dalam hantaran METMalaysia di FB memaklumkan lokasi kejadian di Koordinat : 2.2° Utara dan 103.1° Timur Magnitud : 2.8; Jarak : 28km Barat Laut Kluang, Johor dan Kedalaman : 10 km.
Kali pertama gempa bumi lemah telah berlaku di Segamat Johor, Malaysia pada pukul 6:13 pagi, 24 Ogos 2025.
METMalaysia menjelaskan pada gegeran kedua ini dirasai di beberapa kawasan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selatan Pahang.
Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.
Mohon tuan/puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soal selidik di pautan ini
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – JM
