
Wartawan JM
23 OGOS 2025
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan ekoran laporan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung penyebaran beberapa video berunsur fitnah serta hasutan di laman sosial.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata MCMC telah mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di mana jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM500,000.
SEDANG DIKENAL PASTI
“Individu didapati menyebarkan fitnah terbabit kini sedang dikenal pasti untuk tindakan lanjut mengikut saluran undang-undang,” kata beliau pada sidang media.
Terdahulu beliau melakukan peluncuran Kempen Denyut Nadi Merdeka anjuran Prasarana Malaysia Bhd sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari
Malaysia (HKHM) hari ini.
Fahmi menjelaskan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap sebaran palsu tersebut yang merupakan satu jenayah serius. – JM
