
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, menitahkan Kementerian Pertahanan agar batalkan cadangan pembelian helikopter Black Hawk lama yang telah berusia lebih 30 tahun.
Seri Paduka Baginda sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bertitah mengingatkan kementerian berkenaan supaya tidak mengulangi kesilapan dahulu.
βJangan ulang kesilapan dahulu apabila kita beli pesawat SkyHawk secara second-hand. Adakah kita hendak letak juruterbang kita dalam βkeranda terbangβ? Awak fikirlah sendiri.
βSaya percaya ini semua berlaku kerana di Kementerian Pertahanan penuh dengan βagentβ atau bekas Jeneral yang menjadi βsalesmanβ malah ada syarikat penjual kain pun masuk hendak jual β droneβ.
βKalau semua pembelian kena ikut harga orang tengah maka peruntukan yang ada tidak akan cukup. Oleh itu, jangan cuba nak temberang saya. Jika tidak mahu dengar cakap saya, selepas ini saya tidak akan menegur lagi,β titah Seri Paduka Baginda.
Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-60 di Kem Iskandar, Mersing pada hari ini (16 Ogos).
