PMX sambut baik keputusan ACWA Power pilih Malaysia sebagai hub utama

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
7 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan keputusan ACWA Power, peneraju global dalam tenaga boleh baharu dan hidrogen hijau, memilih Malaysia sebagai hab utama mereka di Asia Tenggara.

“Ini satu lagi perkembangan positif hasil kerjasama erat Malaysia–Arab Saudi, khususnya selepas pertemuan saya dengan pengasas ACWA Power semasa Sidang Kemuncak ASEAN–GCC,” kata beliau dalam hantaran di FB.

DASAR PERALIHAN TENAGA

Pelaburan ini kata beliau mengiktiraf dasar peralihan tenaga Malaysia, membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, serta memacu pemindahan teknologi.

“ACWA Power kini menjalin kerjasama strategik dengan TNB, UEM Lestra dan Terengganu Inc. untuk membangunkan projek tenaga boleh baharu, hidrogen dan CCGT, selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR),” tambah beliau.

Perdana Menteri berkata komitmen ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam tenaga mampan serantau dan menyokong usaha ke arah ekonomi rendah karbon. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *