PMX terima kunjung hormat Ketua Hakim Negara yang baharu

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
7 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di pejabat saya hari ini.

Beliau berkata perbincangan mereka menyentuh kepentingan memperkukuh institusi kehakiman yang bebas, berintegriti dan diyakini rakyat sebagai tiang seri kepada negara hukum yang adil dan saksama.

“Tahniah di atas pelantikan, moga amanah besar ini digalas dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan demi Malaysia yang lebih adil dan maju,” tambah Anwar. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *