PMX tegur DBKL, pemaju belum hayati konsep MADANI dalampembangunan perumahan rakyat

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
7 OGOS 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak pemaju yang masih belum sepenuhnya menghayati konsep MADANI dalam merealisasikan pembangunan perumahan rakyat.

Beliau menegaskan perancangan bandar berteraskan MADANI mesti merangkum ikhtiar menurunkan beban hidup rakyat, termasuk memastikan prasarana asas ini disediakan di peringkat pelan pembangunan.

“Sekiranya sekolah atau tadika ditempatkan dalam bangunan yang sama, bukankah itu lebih berperikemanusiaan?,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Terdahulu Anwar hadir pada majlis pecah tanah projek Residensi Aman MADANI hari ini (6 Ogos).

KOS PEMBINAAN SEKOLAH

Berikutan itu kata Perdana Menteri Kerajaan tentunya akan menanggung kos pembinaan sekolah, yang jauh lebih rendah berbanding kaedah konvensional, jika ia dimasukkan dalam perancangan awal.

Tegas Anwar DBKL, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) p tidak boleh sekadar membina menara tinggi dan restoran mewah, tetapi mesti memastikan penyediaan ruang penjaja, taman permainan, laluan selamat dan kawasan hijau untuk rakyat terbanyak,” ujar beliau.

Jelas Anwar inilah maksud sebenar pembangunan MADANI: menyantuni kelompok tersisih, mengurangkan kos sara hidup, dan mengangkat martabat rakyat dengan perancangan yang teliti dan manusiawi,” tegas beliau.

“Saya tegaskan bahawa projek berskala besar seperti ini, dengan ribuan unit kediaman, wajib mengambil kira penyediaan prasarana asas seperti sekolah, tadika dan kemudahan kesihatan,” jelas beliau.

MENJADI SYARAT UTAMA

Tegas beliau lagi keperluan asas penduduk bukan sekadar tambahan, tetapi mesti menjadi syarat utama sebelum sesuatu pembangunan diluluskan.

Jelas beliau, pegawai perancang, pemaju dan pentadbir bandar perlu benar-benar memahami bahawa konsep MADANI bukan sekadar slogan, tetapi satu amanah.

“Saya tidak mahu komisen, tidak mahu proses yang meleret. Apa yang saya tuntut ialah pelaksanaan projek secara bersih, telus dan cekap dengan kepentingan rakyat sebagai keutamaan,” kata Perdana Menteri.

“Kita sering berbicara tentang memahami keluh kesah rakyat,” tambah beliau.

Namun hakikatnya, kata beliau
masih ada ibu bapa berpendapatan rendah yang terpaksa menghantar anak ke tadika dan sekolah yang jauh dari kediaman, menanggung kos pengangkutan yang membebankan.

Justeru tegaw Anwar perancangan bandar berteraskan MADANI mesti merangkum ikhtiar menurunkan beban hidup rakyat, termasuk memastikan prasarana asas ini disediakan di peringkat pelan pembangunan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *