400 peserta dalam dan luar negara sertai Seminar Women of Sunnah Perlis 2025

Oleh: Sholina Osman
Foto Ihsan MAIPs
5 OGOS 2025

‘Seminar Women of Sunnah Perlis 2025’ menjadi wadah berprestij yang memperkasakan dan memperkayakan rohani kira-kira 400 peserta dari dalam dan luar negeri Perlis termasuk dari luar negara, dengan tujuan memperdalam pemahaman terhadap nilai-nilai Islam serta menghayati peranan mulia wanita dalam masyarakat.

Acara ini berlangsung penuh harmoni di Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis baru-baru ini.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, berkenan berangkat menyempurnakan pelancaran seminar bertemakan β€œLelaki dan Wanita Adalah Auliya Antara Satu Sama Lain” tersebut.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Dr. Haifaa Younis, Pengasas merangkap Pengerusi Jannah Institute dari Irvine, California, Amerika Syarikat.

PRINSIP AL-QURAN

Seminar anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Light Upon Light serta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ini menekankan prinsip-prinsip Al-Quran tentang kerjasama, saling menyokong, dan perkongsian rohani antara lelaki dan wanita.

Ia turut mengangkat inspirasi daripada kehidupan wanita-wanita agung dalam Sunnah, yang disampaikan melalui dua sesi perkongsian oleh Dr. Haifaa Younis sendiri.

Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah turut berkenan melaksanakan simbolik perasmian seminar berkenaan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *