KEADILAN MESTI TERUS KEKAL SEBAGAI PARTI YANG TERSUSUN , KUAT – ANWAR

5 Ogos 2025

KOTA KINABALU : Presiden KEADILAN Datok Seri Anwar Ibrahim menyeru supaya pimpinan, anggota dan jentera KEADILAN Sabah agar terus memperkukuh kesatuan, kekuatan dan kesiapsiagaan menjelang Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

Beliau berkata, adalah satu tanggungjawab untuk semua anggota termasuk pemimpin menyampaikan penjelasan berfakta kepada rakyat, melawan fitnah dengan hujah, serta membawa suara dan aspirasi rakyat Sabah dengan penuh amanah dan keikhlasan.

Jelas Anwar lagi hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kini jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Kerajaan MADANI kekal komited untuk terus membantu Sabah demi pembangunan yang lebih saksama, inklusif dan berimpak tinggi.

Tegasnya, KEADILAN mesti kekal sebagai parti yang tersusun dan kuat.

” Pemilihan telah selesai, maka kini masanya untuk kita bersama-sama menyatukan tenaga dan memperkemas semula gerak kerja parti di semua peringkat.

” KEADILAN Sabah perlu memastikan struktur organisasi dan gerak kerja jentera diperkukuh di setiap cabang. Keanggotaan mesti ditambah dan dimantapkan, jentera perlu bekerja keras, dan semangat perjuangan tidak boleh luntur, ” kata beliau dalam laman sosial (FB Anwar Ibrahim).

SETIAP KERUSI YANG DITANDINGI MESTI DIMENANGI

Anwar mahu setiap kerusi yang ditandingi KEADILAN mesti dimenangi dengan keyakinan, iltizam dan usaha gigih.

” Mari kita buktikan bahawa KEADILAN Sabah bersedia memikul amanah rakyat dan membawa perubahan yang bermakna untuk negeri ini, ” katanya.

Sebelum itu pada 3 Ogos lalu Anwar telah menyampaikan ucapan dalam program Amanat Khas Presiden – Gerak Gempur Menang PRN Sabah di Kota Kinabalu.

Program tersebut turut dihadiri oleh anggota KEADILAN dan pimpinan Cabang serta Pusat khasnya dari Sabah.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *