MPP UUM sokong demokrasi, reformasi berfasa nilai Malaysia MADANI diterajui PMX

Oleh: Sholina Osman
24 JULAI 2025

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) berdiri teguh menyokong prinsip-prinsip demokrasi, reformasi berfasa dan nilai-nilai Malaysia MADANI yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami berpandangan bahawa budaya demokrasi perlu diamalkan secara beradab dan matang,” kata kenyataan media MPP UUM.

Sekiranya terdapat ketidakpuasan hati atau kritikan terhadap dasar kerajaan, ia sewajarnya disalurkan melalui saluran yang betul seperti rundingan, dialog polisi dan libat urus bersama pihak berwajib.

RETORIK BERBENTUK PROVOKASI

“Mengajak mahasiswa berhimpun dengan retorik berbentuk provokasi dan agenda partisan bukan sahaja menjejaskan imej institusi pendidikan tinggi, malah mencemarkan maruah mahasiswa sebagai golongan terpilih cerdik pandai,” ujar kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu menzahirkan pendirian jelas dan tegas berhubung seruan untuk menyertai Himpunan “Turun Anwar” yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai 2025 di ibu negara.

MPP UUM mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan yang telah diberikan kepada mahasiswa UUM untuk menyertai himpunan tersebut.

MENOLAK SEKERAS-KERASNYA

Namun begitu, pendirian kami jelas untuk menolak sekeras-kerasnya penyertaan dalam himpunan ini dan tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha yang berpotensi mencetuskan ketidakstabilan serta merosakkan keharmonian negara.

Sebagai badan kepimpinan mahasiswa yang sah dan diiktiraf menurut peruntukan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), MPP UUM tetap konsisten dengan pendirian kami untuk menjunjung agenda pembangunan negara dan memperkukuh suara mahasiswa melalui pendekatan inklusif dan progresif.

Kami percaya bahawa membina sebuah negara tidak mengambil masa dua atau tiga tahun, tetapi untuk meruntuhkannya sehari pun sudah memadai.

Sekiranya terdapat ketidakpuasan hati atau kritikan terhadap dasar kerajaan, ia sewajarnya disalurkan melalui saluran yang betul seperti rundingan, dialog polisi dan libat urus bersama pihak berwajib.

Mengajak mahasiswa berhimpun dengan retorik berbentuk provokasi dan agenda partisan bukan sahaja menjejaskan imej institusi pendidikan tinggi, malah mencemarkan maruah mahasiswa sebagai golongan terpilih cerdik pandai. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *