






23 Julai 2025
PULAU PINANG :-
Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang (“BSPUU”) telah menganjurkan Persidangan Komuniti Syariah Jabatan Peguam Negara 2025 (PKS) bertempat di Hotel G Gurney, Pulau Pinang pada 21 hingga 23 Julai 2025.
Tema penganjuran PKS pada kali ini ialah Undang-Undang Keluarga Islam: Antara Hukum Syarak Dengan Kehendak Semasa.
Persidangan pada kali ini telah dihadiri oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Penasihat Undang-Undang Negeri, Ketua-Ketua Hakim Syarie Negeri, Ketua-Ketua Pendakwa Syarie Negeri, Pegawai-pegawai BSPUU, ahli akademik dan pengamal undang-undang swasta.
Peguam Negara Malaysia, YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar telah hadir merasmikan PKS pada 21 Julai 2025 dan mempengerusikan Sesi Bersama Peguam Negara Malaysia pada 22 Julai 2025.
Turut hadir bersama ialah Peguam Cara Negara, Datok Suzana Atan dan Ketua-Ketua Bahagian di Jabatan Peguam Negara.
Sumber bahan/foto FB:- JabatanPeguamNegara
