Kekuatan Kerajaan MADANI disumbang semangat kebersamaan parti gabungan – PMX

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
20 JULAI 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kekuatan Kerajaan MADANI hari ini disumbang oleh semangat kebersamaan dan komitmen yang ditunjukkan oleh parti-parti gabungan.

Beliau berkata walaupun hadir daripada latar dan pendirian yang berbeza, namun nilai perpaduan yang dizahirkan amat mengagumkan dan menjadi teras kepada kestabilan yang kita kecapi hari ini.

Kata Perdana Menteri semangat luar biasa ini menjadi pemangkin untuk terus membina negara yang lebih maju dan sejahtera.

“Moga kestabilan dan kekuatan pentadbiran ini akan terus membawa kemajuan ekonomi serta kesejahteraan untuk seluruh rakyat,” katanya dalam hantaran di FB.

PROGRAM GOTONG ROYONG

Terdahulu Anwar hadir ke Program Gotong-Royong dan Kenduri Rakyat di Kampung Pachitan, Port Dickson hari ini.

Beliau berpeluang menyantuni masyarakat setempat dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

“Sambil menikmati juadah tradisi bersama penduduk, saya turut meluangkan masa bertegur sapa dan beramah mesra dengan mereka,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *