





Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
19 JULAI 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Surau Istiqlal, Presint 14 Putrajaya bersama masyarakat setempat dalam suasana penuh keberkatan, damai dan ukhuwah.
“Solat Jumaat dipimpin Imam dan Khatib jemputan, Zainuddin Abdul Rahman yang menyampaikan khutbah bertajuk βBayang yang Penuh Dustaβ,” katanya dalam hantaran di FB.
Beliau berkata, khutbah menyentuh realiti hidup hari ini tentang tipu daya, kepalsuan dan helah yang kian menjadi kebiasaan lantas umat Islam diseru kembali kepada jalan kebenaran, kejujuran, dan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran Islam.
“Semoga Jumaat ini membawa rahmat, keampunan dan keberkatan buat kita semua.
Mari terus memperbaiki diri, menjaga amanah, dan hidup dengan penuh keinsafan,” kata beliau. – JM
