Malaysia terus dukung perjuangan rakyat Palestin, pemulihan semula Gaza – PMX

Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
12 JULAI 2025

Malaysia terus teguh mendukung perjuangan rakyat Palestin dan memainkan peranan penting dalam usaha pemulihan serta pembinaan semula Gaza.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia juga menyambut baik kesediaan Jepun dan Palestin untuk bersama Malaysia menjadi pengerusi bersama CEAPAD IV, yakni satu platform kerjasama serantau penting yang akan dirumus menerusi Pelan Tindakan Kuala Lumpur tidak lama lagi.

“Ini antara intipati perbincangan saya saat menerima kunjungan oleh Menteri Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa Palestin, Dr Estephan Salameh dan wakil UNRWA, Natalie Boucly,” kata beliau dalam hantaran di FB.

KEMANUSIAAN YANG MENYELURUH

“Tumpuan kita jelas; respons kemanusiaan yang menyeluruh, pemulihan awal, pembangunan ekonomi, serta pembinaan keupayaan,” kata beliau.

Anwar berkata, tekad bersama menyelaras usaha bersama pelan pembinaan semula Gaza anjuran Mesir yang telah pun mendapat dukungan Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Perdana Menteri berkata, tindakan barbarik rejim Israel yang mengharamkan UNRWA merupakan serangan terbuka terhadap badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan harus dikecam sekeras-kerasnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *