Fahmi hadir ke sambutan Hari Seniman 2025 anjuran FINAS

Oleh: Sholina Osman
22 MAC 2025

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hadir ke sambutan Hari Seniman 2025 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Tema “Seni Merentasi Budaya dan Generasi” mencerminkan kesinambungan seni sebagai warisan dan medium komunikasi antara generasi, Hari Seniman yang disambut pada 22 Mac setiap tahun.

“Ia bertujuan menghargai dan menghormati jasa dan sumbangan penggiat industri seni,” kata kenyataan media FINAS.

SUMBANGAN WANG TUNAI

Seramai 20 penggiat industri menerima sumbangan wang tunai untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dalam usaha memperkukuh hubungan antara industri dan akademia, tujuh institusi pengajian menerima Letter of Intent (LOI), disampaikan oleh Menteri Komunikasi bagi merintis kerjasama strategik dalam membangunkan ekosistem industri perfileman, televisyen dan kandungar kreatif yang mampan.

Institusi pengajian yang terlibat dalam kolaborasi ini ialah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA);Universiti Utara Malaysia (UUM); Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam; Management and Science University (MSU); Multimedia University (MMU); Politeknik METRO Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan
Meatech Creative Academy.

DANA KANDUNGAN KREATIF

Turut diumumkan, Dana Kandungan Kreatif (DKK) 2025 akan dibuka bermula 24 Мас 2025.

Sebanyak lima kategori dana ditawarkan dengan dua daripadanya kategori baharu dan satu kategori dana yang diperkenalkan semula dengar format pembiayaan baharu.

Senarai dana yang ditawarkan adalah
Dana Mikro Drama (baharu); Dana Pasca Produksi (baharu); Dana Pemasaran dan Pengedaran (dana yang diperkenalkan semula); Dana Program TV (Borneo); Dana Pemasaran dan Pengedaran (dana yang diperkenalkan semula);
Dana Pemasaran (penyertaan dan promosi antarabangsa).

Maklumat lanjut mengenai permohonan dana ini boleh mula diakses di laman sesawang dan media sosial rasmi FINAS bermula 24 Mac 2025. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *