PMX puji prestasi warga LHDN dengan peningkatan kutipan cukai

Oleh: Sholina Osman
10 MAC 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan syabas dan sekalung penghargaan di atas prestasi warga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan peningkatan kutipan cukai pada tahun ini.

Beliau berkata, pada 2024, kutipan cukai langsung Malaysia berjumlah RM184.805 bilion, menandakan peningkatan sebanyak RM1.465 bilion daripada RM183.34 bilion yang dikutip pada 2023.

Jelas beliau, peningkatan ini mencerminkan penambahbaikan tatakelola serta disiplin tinggi warga LHDN dalam melaksana serta memperteguh amanah kepada negara dan rakyat.

MADANI KEKAL BERILTIZAM

“Kerajaan MADANI kekal beriltizam untuk berdiri teguh bersama LHDN dalam memastikan keadilan fiskal terus ditegakkan,” katanya menerusi hantaran di FB.

Perdana Menteri berkata, ini bermaksud kita tidak akan sesekali cuai dan leka.

“Terutamanya dalam memastikan tidak ada mana-mana pihak culas daripada menunaikan tanggungjawab cukai,” tegas beliau.

“Selalu saya tekankan bahawa sistem percukaian tidak boleh menjadi beban atau bersifat β€˜punitive’,” katanya lagi.

PELBAGAI PELEPASAN CUKAI

Hakikatnya, kata Anwar, Malaysia mempunyai pelbagai pelepasan cukai yang jauh lebih banyak berbanding negara-negara tetangga.

Malah katanyq, jumlah pembayar cukai pendapatan di negara ini juga masih kecil sekiranya dibandingkan dengan keseluruhan populasi serta bilangan syarikat yang beroperasi.

“Justeru, kita mampu meningkatkan kutipan hasil apabila wujud kesedaran bersama bahawa membayar cukai adalah suatu tanggungjawab bersama demi negara,” tegasnya.

UNTUK MEMBANGUNKAN PRASARANA

Perdana Menteri berkata, hasil inilah yang digunakan untuk membangunkan prasarana dan kemudahan awam.

Selain itu katanya bagi menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, menjamin peningkatan kepada bantuan sara hidup serta mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan awam.

“Maka ia mesti berpangkal pada pengurusan yang cekap dan berkesan agar setiap wang cukai itu benar-benar mengolah serta menterjemah harapan rakyat dan negara,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *