







9 MAC
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil tidak lupa untuk menyantuni warga yang hadir di surau-surau sekitar Lembah Pantai sempena bulan Ramadan ini.
Antaranya beliau solat Tarawih dengan warga Surau Nurul Al-Hidayah, Pantai Indah selepas menyertai jemaah solat Isyak di Surau Haji Salleh, Jalan Pantai Dalam.
Beliau juga hadir pada program memasak dan mengedarkan bubur lambuk di Surau Haji Salleh.
Fahmi juga solat Isyak bersama warga Lembah Pantai di Surau Darul Ulum dan solat terawih di Surau Nurfaβizzin , Gasing Indah.
Beliau juga sempat meluangkan masa bersama warga Lembah Pantai di Bukit Bangsar.
Selain itu solat Isyak dan Tarawih di Madrasah Al-Hidayah, Lengkok Abdullah dan Madrasah Makmuriah, Sri Pahang.
“Ya Allah, berkatilah kami di bulan Ramadan ini, bantulah kami dalam berpuasa dan beribadah, serta terimalah amal ibadah kami. Ampunkanlah dosa-dosa kami, lapangkan rezeki kami, dan perbaikilah hati kami,” katanya dalam perkongsian di FB. – JM
