




9 MAC 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penerangan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) berkenaan status semasa kerja-kerja pemuliharaan Bangunan Carcosa Seri Negara dan Kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad.
“Penerangan melalui “gallery board walk” ini antara lain memaparkan gambaran terkini projek yang sedang dijalankan yakni sebahagian daripada inisiatif Khazanah untuk memulihara dan memberi nafas baru kepada bangunan-bangunan warisan negara tersebut,” katanya menerusi perkongsian di FB.
“Saya percaya, usaha ini adalah untuk memastikan bangunan bersejarah ini bukan sahaja dikekalkan tetapi turut dimajukan sebagai pusat kebudayaan dan ekonomi yang mampan serta boleh diakses oleh semua,” katanya sebelum mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri.
Perdana Menteri berkata, pemuliharaan salah satu mercu tanda warisan Kuala Lumpur ini juga bertepatan dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026.
Beliau berkata, sekali gus memperkukuh identiti nasional dan memperkayakan pengalaman pelancong serta masyarakat tempatan. – JM
