







9 MAC 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama-sama dengan penduduk di Masjid Kampung Teras Jernas, Bandar Baru Bangi.
“Alhamdulillah, saya dapat menunaikan Solat Jumaat pertama dalam bulan Ramadan kali ini bersama-sama dengan anak kariah sini,” katanya dalam hantaran di FB.
Beliau turut mendengar khutbah bertajuk βSentuhan Ramadan Dalam Zakat Fitrahβ yang disampaikan oleh imam masjid berkenaan, Ustaz Abdul Hafiz Azimer.
Perdana Menteri juga mengingatkan anak jemaah akan kepentingan bulan Ramadan yang sarat dengan mesej kemanusiaan dalam dimensi ihsan termasuk membayar zakat yang diangkat sebagai instrumen membasmi kemiskinan serta membangun kedudukan ekonomi umat. – JM
