Tindakan tegas tanpa kompromi terhadap penghasut kaum dan agama

Oleh: Sholina Osman
8 MAC 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan peringatan tegas, dengan mengarahkan agar semua badan penguatkuasaan dan agensi keselamatan mengambil tindakan yang cepat, berkesan, dan tanpa sebarang kompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut menggunakan isu perkauman atau agama.

Jurucakap kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu ditegaskan oleh Perdana Menteri semasa Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini (7 Mac 2025).

PELBAGAI ISU SEMASA

Fahmi berkata, mesyuarat ini telah membincangkan dan meneliti pelbagai isu semasa, termasuk isu hasutan perkauman dan agama yang kini tular di media sosial.

Sehubungan itu Fahmi berkata, semua pihak diingatkan untuk memelihara perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat, dengan memupuk persefahaman dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Selain itu, katanya sentiasalah mematuhi undang-undang negara demi kesejahteraan bersama. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *