
Petikan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
8 MAC 2025
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2025 kepada semua wanita di Malaysia.
Dengan tema sambutan pada tahun ini βWanita Beraspirasi Membina Legasiβ Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan kepada golongan wanita yang turut menjadi tunjang keluarga, masyarakat serta negara.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menghargai peranan wanita yang bukan sahaja penting dalam institusi kekeluargaan malah turut menyumbang dalam pelbagai bidang profesional.
MEREKA SUMBER INSPIRASI
βKecekalan dan kebijaksanaan wanita dalam menghadapi cabaran menjadikan mereka sumber inspirasi dalam membina legasi yang bermakna untuk generasi akan datang.
βSaya turut mendoakan agar setiap wanita terus cekal dan bersemangat dalam apa jua yang mereka usahakan,β titah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. – JM
