
Oleh: Sholina Osman
6 MAC 2025
Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek mengumumkan akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Mei depan.
Beliau menjelaskan ini adalah komitmen beliau secara berterusan di dalam parti.
“Ketika ini saya ingin memberikan sepenuh tumpuan kepada program-
program parti bagi terus mengukuhkan perjuangan kami,” katanya menerusi video dimuatnaik FB Wanita KEADILAN Selangor pada 5 Mac 2025.
Beliau berkata, wanita harus mula membina kekuatan sebagai persiapan untuk pilihan raya akan datang dan ia akan bermula dengan pilihan raya yang terdekat iaitu di Sabah.
“Saya mahu lihat seluruh jentera wanita memberi sepenuh tumpuan pada pilihan raya kali ini,” katanya.
“InsyaAllah iltizam saya untuk terus bersama wanita, membetulkan wanita, wanita nadi KEADILAN,” tegasnya lagi. – JM
