Fadhlina rasmi Karnival Generasi MADANI Kementerian Pendidikan

20 FEB. 2025

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah merasmikan Karnival Generasi MADANI Kementerian Pendidikan (KPM) di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.

Penganjuran Karnival Generasi MADANI 2025 adalah wadah terhadap pembudayaan konsep Generasi MADANI dalam kalangan generasi muda terutamanya murid sekolah dan pelajar institusi pendidikan KPM.

“Karnival ini dapat memperkukuh pembentukan karakter generasi muda dan mengeratkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum di Malaysia,” kata KPM menerusi perkongsian di FB.

Ia juga menyediakan platform terbaik untuk anak-anak muda menyerlahkan bakat, meningkatkan keyakinan diri dan membina jaringan positif antara satu sama lain.

UNTUK BERINTERAKSI BELAJAR

Pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan, pameran, demonstrasi dan permainan dianjurkan bagi memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi belajar melalui pengalaman.

Generasi MADANI ialah generasi yang bersedia menghadapi cabaran global dengan minda yang progresif, berdaya saing, dan berpaksikan kepada nilai-nilai Malaysia MADANI iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Turut hadir memeriahkan karnival yang julung-julung kali dianjurkan ini adalah Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, Ketua Setiausaha KPM, Datuk Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *