


Oleh: Sholina Osman
18 FEB. 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) telah memberikan sumbangan secara langsung kepada usaha pembangunan modal insan untuk warga Sarawak.
Beliau berkata, lebih RM600 juta telah pun dibelanjakan untuk pelbagai usaha pendidikan dan pembangunan modal insan sejak sepuluh tahun lalu.
Selain itu katanya, lebih 680,000 orang warga Sarawak telah mendapat tajaan dalam bentuk biasiswa selain program latihan untuk warga pendidik.
“Lebih 4,300 warga Sarawak pula mendapat peluang pekerjaan di
dalam Petronas,” kata Anwar pada sesi penerangan berhubung aktiviti petroleum di Sarawak melibatkan Petronas dan Petros di Dewan
Rakyat hari ini.
SEBAGAI DANA PETRONAS
Perdana Menteri berkata, dengan bahawa hasil besar yang diraih selama ini oleh negara sehingga kini dijadikan sebagai dana Petronas sebagai dana utama di peringkat awal pembentukan negara dan juga pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.
“Ini semua berkat negeri Sarawak Bumi Kenyalang dan kerjasama erat dan akrab Kerajaan Negeri dan Persekutuan,” katanya.
Maka sebab itulah kata Perdana Menteri, kita memilih untuk memberikan sedikit penyesuaian dan
pengiktirafan kepada peranan Pertos untuk terus menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak.
BUAT MENJAMIN KESEJAHTERAAN
“Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana muafakat ini terus dikekalkan malah ditambah mantapkan buat menjamin kesejahteraan
negara dan negeri Sarawak,” katanya.
Jelasnya, Petronas dan Petros akan bergerak sederap sebagai rakan bagi
menjamin kepentingan dan hasil negara serta kepentingan negeri
Sarawak.
Segala rundingan terperinci berikutnya akan mengekalkan manfaat dan kepentingan bersama mengikut prinsip komersial secara telus. – JM
