Mohamad lepaskan 120 ekor benih gamat emas di Pulau Payar, Langkawi

Oleh: Sholina Osman
9 FEB. 2025

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu melakukan pelepasan 120 ekor benih gamat emas sebagai sebahagian daripada langkah pemuliharaan spesies marin berharga ini.

Benih gamat yang dilepaskan ini daripada spesies Stichopus sp. atau lebih dikenali sebagai gamat emas, yang berusia 120 hari dengan berat antara 3 hingga 10 gram dan panjang 2-10 sentimeter (cm).

Ia telah dihasilkan melalui pembenihan di Pusat Penyelidikan Marikultur Langkawi dan menjalani proses pembesaran dalam persekitaran terkawal sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi di Pulau Payar, Langkawi.

PEMULIHAN TERUMBU KARANG

Menerusi perkongsian di FB, Mohamad telah mengadakan lawatan kerja ke Pulau Payar bagi meninjau status terkini pemuliharaan terumbu karang serta perkembangan aktiviti pemuliharaan dan konservasi marin di kawasan Taman Laut.

Hadir sama Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Mohamad juga menyempurnakan upacara simbolik restorasi karang sebagai tanda bahawa aktiviti pemuliharaan dan restorasi karang kini dibenarkan kembali dijalankan setelah dihentikan sementara sejak 2 Julai 2024 berikutan fenomena kelunturan karang yang melanda perairan negara.

BANTUAN ALAT KESELAMATAN

Beliau juga menyampaikan bantuan alat keselamatan kepada operator pelancongan di Pulau Payar sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka dalam menjaga ekosistem marin.

Bantuan ini merangkumi jaket keselamatan, pelampung keselamatan (life buoy), dan alat pemadam api.

Tujuh organisasi telah menerima bantuan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *