MCMC NEXUS: INISIATIF MCMC MENAMBAHBAIK KUALITI RANGKAIAN SELURUH NEGARA

Dalam era ekonomi digital, ukuran kejayaan kesalinghubungan tidak lagi boleh bergantung semata-mata kepada berapa banyak kawasan yang mempunyai liputan Internet.

Ukuran yang lebih penting ialah kualiti, kelajuan, kestabilan dan pengalaman sebenar pengguna ketika menggunakan rangkaian.

Atas keperluan tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membangunkan MCMC NEXUS, sebuah platform kecerdasan rangkaian nasional yang menggunakan data pengukuran pengguna untuk membantu MCMC dan penyedia perkhidmatan mengenal pasti masalah rangkaian dengan lebih tepat dan mengambil tindakan penambahbaikan secara lebih bersasar.

MCMC NEXUS secara asasnya mengubah pendekatan pemantauan daripada hanya bergantung kepada aduan kepada pendekatan data-driven, real-time dan crowdsourced.

1. APA ITU MCMC NEXUS?

MCMC NEXUS ialah aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna menguji prestasi Internet dan rangkaian di lokasi mereka.

Antara parameter yang boleh diukur termasuk:

Kelajuan muat turun Kelajuan muat naik Ping / latency

Jitter

Prestasi rangkaian 4G Prestasi rangkaian 5G Prestasi Wi-Fi

Data tersebut memberikan gambaran lebih dekat dengan pengalaman sebenar pengguna dan boleh dihantar kepada MCMC serta penyedia perkhidmatan untuk membantu mengenal pasti isu rangkaian.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *