
KUALA LUMPUR, 15 Oktober – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima sebanyak 16,338 permohonan kewarganegaraan bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 30 September 2026, dengan 4,583 permohonan diluluskan dan 6,363 lagi masih dalam proses pertimbangan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, setiap permohonan diteliti secara menyeluruh berdasarkan fakta kes, dokumen dan bukti sokongan sebelum keputusan dibuat.
Beliau menjelaskan bahawa kelayakan untuk memohon tidak menjamin kelulusan kerana setiap permohonan tertakluk kepada peruntukan undang-undang serta penelitian berdasarkan merit kes masing-masing.
Menurutnya, tiada tempoh khusus ditetapkan bagi keputusan permohonan berikutan proses penelitian terperinci yang perlu dilaksanakan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing, mengenai status permohonan kewarganegaraan dan permit masuk di Dewan Rakyat.
