
OP MEGA TIKTOK 2026 | PDRM PERGIAT SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN BERSEPADU
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi membanteras penyalahgunaan platform media sosial untuk menyebarkan propaganda pertubuhan yang diwartakan sebagai haram. Tindakan ini dilaksanakan bagi memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam.
βPenguatkuasaan tegas berlandaskan undang-undang menjadi keutamaan bagi membendung penyalahgunaan platform digital serta memastikan keselamatan rakyat dan negara terus terpelihara.β
β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Menerusi OP MEGA TIKTOK 2026, PDRM dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan, antaranya:
βοΈ SEKSYEN 233 β AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian boleh dikenakan:
β Denda maksimum RM500,000
β Penjara maksimum 2 tahun
β Atau kedua-duanya sekali.
βοΈ SEKSYEN 6(1)(c) β AKTA IMIGRESEN 1959/63
Kesalahan masuk atau berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah boleh dikenakan:
β Denda minimum RM10,000
β Penjara maksimum 5 tahun
β Atau kedua-duanya sekali, serta boleh dikenakan sebatan tidak melebihi 6 kali, tertakluk kepada undang-undang.
KDN menegaskan bahawa setiap tindakan penguatkuasaan dilaksanakan berdasarkan hasil siasatan dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Orang ramai dinasihatkan agar menggunakan platform media sosial secara bertanggungjawab serta tidak terlibat dalam penyebaran propaganda pertubuhan haram yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman masyarakat.
π²πΎ KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
