AI BERAGEN BANTU RAKYAT AKSES MAKLUMAT BELANJAWAN 2027

KUALA LUMPUR, 15 Oktober – Penggunaan kecerdasan buatan (AI) beragen dicadangkan bagi memudahkan rakyat mendapatkan maklumat berkaitan inisiatif Belanjawan 2027, termasuk syarat kelayakan dan kaedah permohonan bantuan kerajaan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, teknologi itu berpotensi mengenal pasti persoalan rakyat menerusi media sosial dan carian Google, sekali gus membolehkan maklumat disampaikan secara lebih tepat dan bersasar.

Beliau turut memaklumkan perancangan pembangunan awan AI berdaulat (Sovereign AI Cloud) bagi meningkatkan keselamatan penyimpanan data kerajaan serta mengurangkan risiko terdedah kepada bidang kuasa perundangan negara luar.

Kedua-dua inisiatif itu, bersama pembangunan kabel dasar laut MADANI Salam, akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Kementerian Komunikasi.

Usaha berkenaan bertujuan memperkukuh infrastruktur dan kedaulatan digital negara, di samping meningkatkan kecekapan penyampaian maklumat serta perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *