Bahrain Rekrut 1,850 Anggota Keselamatan dari Pakistan

Bahrain merekrut kira-kira 1,850 anggota dan pegawai keselamatan dari Pakistan untuk berkhidmat dalam Pengawal Kebangsaan dan Pengawal Pantai negara itu, menurut Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar.

Dar berkata, seramai 1,800 anggota tentera Pakistan, termasuk 30 pegawai bersara, diberi peluang berkhidmat dalam Pengawal Kebangsaan Bahrain. Selain itu, 50 anggota dan pegawai Pakistan menyertai Pengawal Pantai Bahrain menerusi perjanjian yang dimeterai pada 24 Jun lalu.

Perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Suruhanjaya Bersama Menteri Pakistan-Bahrain di Islamabad, yang turut menyentuh konflik Asia Barat, isu Palestin serta kepentingan meredakan ketegangan serantau.

Kedua-dua negara juga menyasarkan perdagangan dua hala bernilai AS$1 bilion menjelang usaha memperingati ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik pada 2027. Bahrain kini menempatkan kira-kira 134,000 warga Pakistan.

– BERNAMA-ANADOLU

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *