Jasad Tsar Samuel kembali ke Bulgaria selepas lebih 1,000 tahun

SOFIA, 4 Oktober – Jasad yang dipercayai milik Tsar Samuel, pemerintah terakhir Empayar Bulgaria Pertama, kembali ke Bulgaria selepas lebih 1,000 tahun susulan persetujuan bersejarah dengan Greece.

Jasad berkenaan diserahkan di Thessaloniki sebelum dibawa ke Sofia dan ditempatkan di Gereja Saint Sofia untuk penghormatan awam. Upacara kepulangan turut disertai kawalan kehormatan, lintas hormat pesawat pejuang dan 21 das tembakan hormat.

Perdana Menteri Bulgaria, Rumen Radev, menyifatkan pemulangan itu sebagai perkembangan bersejarah yang mengukuhkan hubungan serta kepercayaan antara Bulgaria dan Greece.

Sebagai pertukaran, Greece akan menerima 48 artifak yang didakwa dirampas tentera Bulgaria dari gereja dan biara di utara Greece ketika Perang Dunia Pertama.

Samuel memerintah dari 997 hingga 1014 sebelum tenteranya dikalahkan Empayar Byzantine. Jasadnya ditemukan ahli arkeologi Greece pada 1960-an di Pulau Saint Achilleios, Tasik Prespa Kecil.

Namun, identiti dan warisan Samuel masih menjadi pertikaian sejarah dengan Macedonia Utara, yang turut menganggap beliau sebagai sebahagian daripada sejarah negara itu.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *