170 KG MINYAK MASAK DIRAMPAS, LELAKI WARGA THAILAND DITAHAN

KOTA BHARU, 25 September – Sebanyak 170 kilogram (kg) minyak masak bernilai RM425 dirampas selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menahan seorang lelaki warga Thailand di Banggol Kong, Kelantan, malam tadi.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditahan ketika memandu sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 11.45 malam.

Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan berkenaan menemukan 170kg minyak masak yang dipercayai untuk diseludup masuk ke Thailand melalui pangkalan haram.

Menurut Ahmad Radzi, siasatan awal mendapati bekalan minyak masak itu diperoleh dari kedai runcit dan kedai borong di Kota Bharu serta Pasir Mas sebelum dikumpulkan untuk dibawa masuk ke Thailand.

β€œSiasatan awal mendapati bekalan minyak masak berkenaan diperoleh dari kedai runcit dan kedai borong di Kota Bharu serta Pasir Mas sebelum dikumpulkan untuk dibawa masuk ke Thailand.”

Suspek bersama kenderaan dan barang kes kemudiannya diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pasir Mas untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *