
BUCHAREST, 22 September – Bekas calon presiden Romania, Călin Georgescu, disiasat pendakwa raya berhubung dakwaan penipuan membabitkan €1.1 juta.
Pendakwa raya mendakwa Georgescu dan dua lagi suspek memperdaya seorang ahli perniagaan untuk menyerahkan wang tersebut dengan janji mendapatkan kemudahan kredit sehingga €15 juta daripada institusi kewangan asing.
Kediaman Georgescu turut diserbu sebelum beliau dibawa untuk disoal siasat berhubung dakwaan penipuan dan pembentukan kumpulan jenayah terancang.
Georgescu sebelum ini dilarang bertanding semula selepas pilihan raya presiden Romania 2024 dibatalkan susulan dakwaan campur tangan Rusia. Beliau menafikan semua dakwaan terhadapnya.
– REUTERS
