
JAKARTA, 21 September — Angka kematian tragedi KM Virgo Transport 8 yang karam di Laut Jawa meningkat kepada 10 orang, selepas tiga lagi mayat ditemukan.
Seramai 108 mangsa diselamatkan, manakala 125 masih hilang daripada 243 penumpang dan kru yang direkodkan dalam manifes.
Kapal dalam pelayaran dari Surabaya ke Banjarmasin itu terbalik pada 13 September selepas berdepan ombak setinggi kira-kira tiga meter di perairan Masalembo.
Operasi mencari dan menyelamat diteruskan, termasuk dengan penyelam memasuki bangkai kapal, namun berdepan cabaran angin kencang, ombak tinggi dan arus deras. – VIORY
