
IPOH, 11 September – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bersama agensi berkaitan memantau keadaan cerun di KM263.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, kira-kira dua kilometer selepas Terowong Menora.
Kejadian pada kira-kira 4.30 petang ketika hujan lebat itu melibatkan lorong kiri lebuh raya. Tiada kemalangan jiwa, kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan.
Kerja pembersihan selesai dan semua lorong dibuka semula pada 7 malam, manakala PLUS mendapatkan penilaian pakar bagi memastikan keselamatan cerun sebelum tindakan lanjut.
Sebelum kerja pembersihan selesai, kesesakan trafik dilaporkan mencecah 15 kilometer.
Pengguna dinasihatkan berhati-hati, mengurangkan kelajuan ketika cuaca buruk serta mematuhi papan tanda dan arahan keselamatan.
