
DUBAI – Arab Saudi melancarkan 64 serangan udara ke beberapa wilayah Yemen dalam tempoh 24 jam, ketika kumpulan Houthi terus memperluas penguasaan di kawasan strategik berhampiran Selat Bab al-Mandab.
Serangan menggunakan pesawat F-15 dan Typhoon itu menyasarkan Taiz, Hodeidah, Marib dan Al-Jawf.
Ketegangan memuncak selepas Houthi dilaporkan menguasai bandar pelabuhan Mokha, sekali gus menghampiri Selat Bab al-Mandab yang menjadi laluan penting perdagangan dan penghantaran tenaga global.
