
RIO DE JANEIRO, 25 Ogos – Agensi Perlindungan Data Kebangsaan Brazil (ANPD) mendenda TikTok sebanyak 153.7 juta real (AS$29.9 juta) kerana pelanggaran dalam pemprosesan data kanak-kanak dan remaja.
ANPD turut mengarahkan ByteDance, syarikat induk TikTok, memadamkan data yang dikumpul secara melanggar peraturan serta melaksanakan pelan pematuhan bagi memperkukuh perlindungan pengguna bawah umur. –AFP
