Gelombang haba, kemarau jejas pertanian Eropah

WARSAW, 24 Ogos – Gelombang haba dan kemarau berpanjangan menjejaskan pertanian serta sumber air Eropah, dengan kerugian ekonomi dianggarkan mencecah 180 bilion euro.

Hasil tanaman merosot, pengeluaran wain terjejas dan paras sungai susut ke tahap kritikal. Pengeluaran jagung Serbia dan Perancis masing-masing dijangka turun sehingga 40 dan 35 peratus.

Paras Sungai Vistula di Warsaw turut merosot kepada 19 sentimeter, berbanding paras biasa sekitar 230 sentimeter, manakala peningkatan suhu Danube mengancam hidupan akuatik.

Suruhanjaya Eropah menganggarkan 30 peratus penduduk dan 20 peratus kawasan daratan kini berdepan kekurangan air.

EU menyasarkan peningkatan kecekapan penggunaan air 10 peratus menjelang 2030, dengan Bank Pelaburan Eropah menyediakan 15 bilion euro bagi menangani krisis air.-REUTERS

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *