
SABAH, 18 Ogos 2026 — Sejumlah RM1.57 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan 53 projek kesihatan di Sabah sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan MADANI merealisasikan komitmen di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata peruntukan tersebut mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh pembangunan serta penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat di Sabah.
Pelaksanaan projek-projek berkenaan merupakan antara usaha mempertingkat kemudahan dan infrastruktur kesihatan, sekali gus menyokong akses rakyat kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.
Inisiatif ini turut memperlihatkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan pembangunan kesihatan di Sabah diberi perhatian selaras dengan semangat dan tuntutan MA63.
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
