7,892 BATANG ROKOK TIDAK BERCUKAI DIRAMPAS PGA, SEORANG LELAKI DITAHAN

KOTA BHARU, 10 Ogos – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 7,892 batang rokok disyaki tidak bercukai bernilai RM14,831.96 dalam serbuan di Tumpat, Kelantan, semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 4 petang di Kampung Telaga Lanas, Pengkalan Kubor, seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun turut ditahan.

Pemeriksaan di sebuah rumah menemukan 7,220 batang rokok putih yang disimpan dalam kotak di sebuah bilik, manakala 672 batang rokok kretek ditemukan di dalam peti sejuk beku di garaj sebuah kedai di Pantai Geting.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner (SAC) Ahmad Radzi Hussain berkata, kesemua rokok berkenaan dipercayai untuk tujuan jualan.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat dalam penjualan rokok tidak bercukai sejak 2025 dan mendapatkan bekalan daripada seorang lelaki menerusi media sosial, dengan bekalan dihantar menggunakan kenderaan kira-kira dua kali sebulan.

Kesemua rampasan dan suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Tumpat untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *