YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP KETUA PENGARAH SPRM

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abdul Halim Aman di Istana Negara, hari ini (14 Julai).

Dalam pertemuan kira-kira setengah jam itu, Seri Paduka Baginda dipersembah maklum tentang perkembangan terkini berkaitan SPRM.

Datuk Seri Abdul Halim memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah SPRM pada 13 Mei 2026 menggantikan Tan Sri Azam Baki.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *