

13 Julai 2026 β
NADI MCMC hari ini membuka reruai di Parlimen Malaysia bagi memperkenalkan Perkhidmatan Pintar NADI kepada Ahli Parlimen.
Antara pengisian yang diketengahkan menerusi reruai ini ialah promosi produk usahawan NADI, pendaftaran keahlian NADI serta saringan kesihatan asas untuk para pengunjung.
Penyertaan NADI MCMC menerusi reruai ini membuka ruang untuk memperkenalkan dengan lebih dekat pelbagai inisiatif dan perkhidmatan yang ditawarkan di NADI kepada Ahli Parlimen, sekali gus memperkukuh pemahaman mengenai peranan NADI sebagai pusat pemerkasaan komuniti digital yang menyediakan akses kepada pembelajaran sepanjang hayat, pembangunan keusahawanan, kesejahteraan kendiri, kesedaran digital serta pelbagai inisiatif Kerajaan.
Reruai MCMC turut menerima kunjungan YAB Datoβ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, yang meluangkan masa meninjau reruai tersebut serta berinteraksi bersama para petugas dan pengunjung yang hadir.
