
Program Kampung Angkat MADANI membuktikan kekuatan sinergi antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan 11 jabatan serta agensi di bawahnya dalam memperkasa pembangunan komuniti luar bandar secara menyeluruh. Melalui kepakaran dan peranan masing-masing, setiap agensi berganding bahu melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi impak nyata kepada kesejahteraan rakyat serta pembangunan komuniti yang lebih inklusif dan mampan.
βApabila seluruh jabatan dan agensi KDN bergerak sebagai satu pasukan, kita bukan sahaja menyelesaikan isu komuniti, malah membina masa depan yang lebih sejahtera, selamat dan berdaya tahan untuk rakyat.β
β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI melibatkan:
β
11 jabatan dan agensi KDN berganding bahu melaksanakan program pembangunan komuniti.
β
11 Kampung Angkat MADANI menerima pelbagai inisiatif berimpak tinggi di seluruh negara.
β
Kerjasama strategik berteraskan satu matlamat iaitu meningkatkan kesejahteraan rakyat.
β
Pendekatan Whole-of-Government yang menggabungkan kepakaran pelbagai agensi demi manfaat komuniti.
β
Pelaksanaan program merangkumi pembangunan infrastruktur, kesejahteraan sosial, keselamatan komuniti, pendidikan, pembangunan modal insan dan pemerkasaan sosioekonomi.
Melalui kerjasama yang kukuh ini, KDN terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta memastikan setiap komuniti luar bandar menikmati pembangunan yang lebih tersusun, mampan dan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri
