PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN TAHUN 2026

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2026 akan dilaksanakan
pada 14, 15 dan 16 Julai 2026 melibatkan tiga (3) mata pelajaran,
iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Seramai 12,974 orang calon
telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU Tahun 2026
di 188 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Bagi memastikan
kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan tersebut, seramai
1,530 petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Bertulis dan
Ujian Mendengar Bahasa Melayu serta 1,366 petugas peperiksaan untuk
Ujian Bertutur Bahasa Melayu.

KPM mengingatkan semua calon peperiksaan SPMU Tahun 2026
untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat
mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang
perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Jadual waktu
peperiksaan SPMU Tahun 2026 boleh dimuat turun dari portal rasmi
Lembaga Peperiksaan melalui pautan lp.moe.gov.my.

Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan
Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Pernyataan
Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun dari Sistem Pengurusan
Peperiksaan Atas Talian melalui pautan sppat.moe.gov.my.

Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan
yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan dan
pengendalian peperiksaan SPMU Tahun 2026.

KPM mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam
keadaan sihat, selamat dan sejahtera.

TAMAT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
13 JULAI 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *