
MUAR, 5 Julai β Syarikat telekomunikasi yang masih culas dalam menangani masalah internet di luar bandar akan dipanggil Kementerian Komunikasi bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Tindakan itu menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil bagi mendapatkan penjelasan termasuk mempercepat tindakan penambahbaikan di kawasan yang masih berdepan isu capaian internet.
βRakyat mengharapkan 5G tetapi tahap kelajuan mungkin pada tahap 2G ataupun Edge. Pihak telco sepatutnya memanfaatkan data yang ada sepenuhnya,β katanya semasa menghadiri Kenduri Doa Selamat dan Tahlil di Parit Jepon di sini.
Hadir sama calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Negeri (DUN) Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni.
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Komunikasi terus komited meningkatkan liputan internet di kawasan DUN Bukit Naning yang kebanyakan dilitupi kawasan ladang sawit.
Datuk Fahmi berkata insiatif yang bakal dilakukan antaranya mendirikan menara telekomunikasi baharu di kawasan berkenaan.
βBentuk muka bumi dan tanaman sawit mengganggu kepada signal perkhidmatan telco. Justeru, perancangan pembinaan menara baharu diharap dapat memberi meningkatkan liputan terutama di Batu 14, 15 dan 16,β katanya lagi.
Datuk Fahmi turut membawa Pengarah MCMC Johor Syed Isa Shekh Alsagoff untuk meninjau sendiri keadaan di kawasan itu selepas menerima aduan penduduk mengenai masalah liputan telekomunikasi.
Sumber berita RTM
Sorotan Berita: Jendela Madani
